JIRAN KETERLALUAN BUAT BlSlNG, PENDUDUK NEKAD C0NTENG DlNDlNG RUMAH

JIRAN KETERLALUAN BUAT BlSlNG, PENDUDUK NEKAD C0NTENG DlNDlNG RUMAH

“Patut pun kena ‘spray’, memang betul bising. Biar kita miskin h4rta, jangan miskin adab. Kasihan dapat jiran macam ini,”Luahan Penulis.

Kehidupan bermasyar4kat memerlukan adab yang tinggi serta saling memahami antara satu sama lain. Menerusi video yang dimuat naik di sosial media oleh Ridwan, beliau menunjukkan sebuah rumah di kawasan perumahan flat yang disembur dengan pewarna akib4t terlalu bising.

Kebiasaannya kes simbahan cat merah pada kereta atau rumah sinonim dengan sindiket Ah Long bagi tujuan menakut-nakutkan m4ngsa. Namun lain pula dengan nasib penghuni rumah di sebuah pangsapuri ini apabila dinding rumahnya disembur dengan cat berwarna ungu.


Lebih menimbulkan tanda tanya apabila semburan cat ungu itu tertera perkataan ‘rumah suka bising’. “Patut pun kena ‘spray’, memang betul bising. Biar kita miskin harta, jangan miskin adab. Kasihan dapat jiran macam ini,” tulisnya ringkas.

Situasi berkenaan dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok oleh seorang ejen hartanah, Muhammad Ridwan Ibrahim @ Zahari semasa berkunjung ke rumah pelanggannya di sebuah pangsapuri di Kajang, Selangor.

Pemuda berusia 30 tahun itu berkata, pelanggannya yang tinggal berhampiran dengan rumah semburan cat ungu tadi merancang untuk menjual unitnya dan kehadirannya pula adalah bagi melakukan pemeriksaan sebelum mencari bakal pembeli.

“Clien saya tinggal berjiran dengan rumah yang kena spray. Masa di luar rumah, saya terdengar bunyi bising dan tercari-cari punca daripada mana ia datang.

“Kemudian saya dengar bunyi bising tu dari rumah seorang jiran. Masa tu baru pukul 11.30 pagi. Patutlah rumah tu kena spray, memang bising,” katanya kepada mStar.

Berpengalaman sebagai ejen hartan4h selama tiga tahun, Ridwan berkongsi rasa simpati terhadap jiran-jiran sekeliling termasuk pelanggannya yang terpaksa menahan diri daripada bunyi bising seperti itu. “Selain buat inspection dalam rumah, saya juga buat rondaan di kawasan sekitar untuk lihat keadaan perumahan dan kemudahan parkir.

“Apabila datang dekat rumah bising tu, saya sangka orang bujang tinggal. Tapi ia dihuni satu keluarga sebab boleh dengar suara kanak-kanak,” ujarnya yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Menurut bapa kepada dua anak itu, kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku yang melib4tkan rumah jiran bising ketika melakukan pemeriksaan.

“Pernah sekali di flat di Cheras, saya sedang bawa potential buyer untuk tinjau sebuah rumah. Baru nak naik tangga, kami dah boleh dengan bunyi bising lagu yang dipasang sangat kuat.

“Potential buyer kemudian tak berminat untuk beli. Walaupun tak diberitahu puncanya, tapi berdasarkan pengalaman, salah satu sebab kerana bunyi bising daripada rumah jiran.

“Sebagai ejen, ada selling value untuk jual rumah. Selain kemudahan, aspek ketenangan juga penting. Macam mana buyer nak hadap 10 atau 20 tahun lagi kalau bunyi bising berterusan. Pemilik pun susah nak jual rumah kalau jiran suka buat bising,” tambahnya.

Malah kata Ridwan, dia menyedari rumah pelanggannya di Kajang melakukan pengubahsuaian dengan pemasangan pintu dan tingkap yang lebih kedap bunyi. Sikap individu yang tak ada common sense inilah memburukkan golongan B40, RIDWAN.

“Sepatutnya apabila hidup di kawasan perumahan berstrata, kena ada common sense dan respect jiran. Kalau jiran tk tahan bunyi bising, akan jadi macam ni la sampai rumah kena spray.

“Tapi saya rasa penghuni ‘Rumah Suka Bising’ tu memang jenis keras hati dan tk peduli. Sebabnya rumah dah kena spray pun masih tetap buat bising,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pemilik rumah berkenaan dan turut menyuarakan perasaan geram mereka yang pernah berdepan situasi sama membabitkan jiran.

“Kenapa dia tengok televisyen macam orang pek4k? Sebab tu la aku tk boleh duduk dengan B40. “Bukan setakat flat, rumah teres pun ada macam ni. Buka radio, main alarm kereta sampai nak satu taman dengar! “Aku ada jiran yang jenis terpekik terlolong marah anak setiap masa, sangat mengganggu kehidupan seharian,”.

“Sebab itu aku rela cari rumah lain biar mahal sikit pun janji privasi, duduk flat umpama duduk penjara,” komen Esme. “Tapi rumah flat memang tiada privasi, jiran sebelah bercakap pun kita boleh dengar dengan jelas. Bahaya betul,” kata Nyna. kata beberapa netizen.

Bagaimanapun Ridwan menolak persepsi segelintir netizen di ruangan komen yang melabelkan tindakan penghuni rumah flat tersebut sebagai mentaliti golongan B40.

“Tak boleh nak salahkan golongan B40, sebenarnya ini sikap individu. Ada je rumah landed yang dihuni M40 pun buat bising sehingga mengganggu jiran-jiran.

“Tapi disebabkan sikap individu yang tak ada common sense inilah memburukkan golongan B40. Individu itu sendiri yang perlu ubah dirinya, bukan komuniti sekeliling,” katanya.

Sumber: Kosmo via toptennew

Pihak Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*